CRUCIAL WARNING || AMARAN KERAS


Warning : Highly emotional posts may be input through the whole chapters. Unnecessary words will appear as well which are not appropriate for students as well as secretaries. Note that there will be a lot of words with wrong spellings, either intentional or unintentional. Thank you.

Amaran : Blog ni hanyalah untuk orang yang mampu bertahan dengan gelagat orang pure Melaka serta orang yang terlampau emosi. Yang tak mampu, amat ditekankan agar jangan terus membaca kerana dikhuatiri mengalami angina pectoris ataupun myocardial infarctions. Sekian, harap maklum.

Tuesday, 17 April 2012

Kisah Pendek SotSet SotSet (Part II)

The next morning. . . .

"Yeaaaay, Alhamdulillah syukuuur~~ selsema aku dah ilaaang ! Woohooo~"

Ann melonjak keriangan, meraikan hidungnya yang telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan selsema yang telah menganggu moodnya malam tadi. Keceriaan sekali lagi terserlah dan terpancar dari wajah anak gadis yang berbaju kurung merah serta bertudung kelabu. Seperti biasa, dua orang sahabat karib merangkap roommatenya berada di sisi Ann.

"Haaaachiuuuuu!!!! adehh. idung hang da sehak idong aku plak yang ketegaq sangat nak saket sama. ni sume hang punya pasai la dok pi transfer penyakik hang kat aku"

Izzy bersin dengan kuatnya sejurus selepas Ann menjerit keriangan. Bad day for Izzy, kali ini dia pula yang menggantikan tempat Ann setelah Ann menderita semalaman.

"Hahaha~ padan muke kauu. mengata aku lagi. kan dah kenee. kau kene tahu aku punye penyakit ni berjangkit. ehh bukann. sebenarnye tu daulat ! HOHOHO~"

"Banyak le hang punye daulat. besaq sangat la pangkat hang tu nak berdaulat-daulat bagai. nak amek balik selsema hang nihhh !"

"Eiiiii xmo xmo~ larikkkk. bwahahahaha~"

Sekali lagi, mereka berdua tidak henti-henti menyakat masing masing. Tidak sihat tidak bererti pertelingkahan akan berhenti disitu bagi dua sekawan ini.

"Oiiihhh korang ni kann. Udah udah lah tuuu." Wany bersuara akhirnya.
"Dah dah. mu 2 ore pi dok kat sano diam diam. Jange kacau aku nok buat kejo. Bising betul mu ni."

Izzy dan Ann tersentak dek kemunculan suara Wany secara tiba tiba.

"Haa Izzy. . . .ape kateee daripada kau sembur kat aku yang dah pernah selseme semalam, baik kau pi sembur kat si Wany tuu. Biau die rasee. HAHAHA"

"Haa Ann. . .bguih beno la otak hang ni. Skali skala leh lak pakai otak hang ni kan. Ingatkan tak boleh langsung lg dah. Jom jom. Biar aku semboq pueh pueh kat makcik sorang nih."

Wany tersentak dengan rancangan mereka lalu memberi amaran keras melalui renungan tajamnya ke arah dua orang sahabatnya yang nakal itu.

"Ha jange nk ngado ngado. Aku lekuk pale seko seko kang."

"Alaaa Wany ni tak sporting aa. Ape daaa"

"Ntah. Law---laaww---"

"EH Izzy kau pe hal ni. Ape yang law-nye?"

"Laww---LAWW--"

"Arghhh Izzy nak semboooor. MAYDAY MAYDAY MAYDAY! LARIKKKK!!!"

"LAAAA--HAAACHIUUUUU !!!!!"

Deras bersin yang dilepaskan oleh Izzy ke arah lantai menyebabkan hidungnya yang mancung muncul merah semerah hidung badut di sarkas. Kelihatan mata Izzy menjadi lebih tidak bermaya dan badannya kelihatan lemah.

"Hahahahahahaha. Kesiaaaan aku tengok si Izzy ni. Dah lahh. Kelas da habis. Jom balek, kau pegi la makan obat selsema aku semalam, pastu gi melokop atas katil tuu" ujar Ann.

"Ye la ye la....hang ni, aku nak bersin hang pi buat mayday mayday. Mayday mangkuk hang. Ishhh *sotset..sotset* "

"Ala sama la mu duo ore. Dop henti henti sakat bakat. Hish. Naseb baik laa aku dop tejebak dengan mu 2 ore ni." Wany berkata

"Alaaa~ rilek laa. saje aku ingatkan taknak bagi kau bersin, terlepas jugak. Kuat kemain agi tu. Kalau si Nollah ada, tegebang laa aku ingat"

"Hahahah Ann. kuang ajaq hang. mentang mentang laaa dia tu kecik. terbang hang cakap."

"Hihihihi~ betol hapeeee~"

Mereka bertiga ketawa dengan penuh keriangan. Begitulah rupanya persahabatan yang terjalin antara 3 sahabat yang tinggal di bawah satu bumbung. Susah senang mereka bersama, mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin. Gurauan dan sakat menyakat menjadi jambatan yang menyambung tali persahabatan mereka.

Sekalipun hanya hampir 8 bulan mereka berkawan, mereka seolah-olah telah mencipta ikatan selama 10 tahun. Alangkah indahnya persahabatan ini dan semoga persahabatan terjalin tidak akan rapuh dan gugur dari jiwa mereka, insyaALLAH.

"Hihihi Izzy oo Izzy, nampaknyaa kau leee jadi bakal bini Voldermort. Aku da tak layak~ hihohihohiho"

"Udoh udoh le tuu Ann, kan Izzy nok tido da nih."

"Siap hang Ann, siap haaanggg kalau aku sehat sok"

"Sure ke sehat besok?"

"Arghhhh hang kenekan aku balek. JAGA HANG !"

"OIIII DIAM LAA ANN. PI TIDO LAAA IZZY!!!!"

"err...oke oke boss" kata Izzy dan Ann serentak.


The End

No comments:

Post a Comment